• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut, Ibu Terlupa Anak Tertinggal Dalam Kereta

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES kecuaian ibu bapa meninggalkan anak kecil di dalam kereta secara bersendirian bagaikan sudah biasa didengar dan alasan yang diberikan cuma satu iaitu ‘terlupa’.

Hari ini, seorang bayi perempuan berusia dua tahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas ‘ditinggalkan’ oleh ibunya sendiri selama empat jam di dalam sebuah kereta.

Kejadian dikatakan berlaku di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad, kejadian malang itu berlaku sekitar jam 9 pagi tadi dan difahamkan juga ibu mangsa yang bekerja sebagai tenaga pengajar di kolej berkenaan telah membawanya ke sana.

Malangnya, ibu mangsa yang memandu kereta Proton Saga itu terlupa tentang kehadiran bayinya yang sepatutnya menemaninya sepanjang hari ini.

“Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

“Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson,” katanya dipetik daripada Harian Metro. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: bayi maut dalam keretaIbubapaNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd