• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Seminggu Tayang, Dah Kena Tarik Balik…

oleh
09/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU seminggu ditayangkan di pawagan, filem Surf This Love: Gelora Juara terpaksa ditarik keluar daripada beberapa panggung atas alasan tiada sambutan dalam tempoh yang diberikan.

Baca: Shukri Jadi Peluncur, Kisah Cukur Ketiak Jadi Bualan

AMIE ZHU BERSAMA KREW PRODUKSI SEMASA PENGGAMBARAN FILEM SURF THIS LOVE: GELORA JUARA

Penerbitnya, Amie Zhu meluahkan rasa kecewa kerana filem sulungnya itu sepatutnya ditayangkan di 47 panggung sejak 22 Februari lalu tetapi kini hanya empat panggung sahaja yang masih memainkan filem berkenaan.

“Agak kecewa juga apabila filem tersebut ditarik keluar daripada panggung kerana dikatakan tiada sambutan, sedangkan team kami masih dalam rangka promosi filem itu,” katanya dipetik mStar Online.

KREW PEODUKSI BERSAMA BARISAN PELAKON

Tambahnya lagi, beliau ada menerima beberapa maklum balas daripada penonton yang memberitahu bahawa mereka tidak sempat menonton di panggung kerana filem tersebut sudah tidak lagi ditayangkan.

Dalam masa yang sama, beliau turut memahami bahawa peraturan Syarat Wajib Tayang bagi setiap filem yang ditayangkan perlu ditonton sekurang-kurangnya 15 peratus bagi setiap kali tayangan.

Namun beliau turut berasakan bahawa filem Melayu patut diberi peluang supaya tempoh tayangan dapat dilanjutkan kerana mereka perlu bersaing dengan filem antarabangsa yang lain.

“Saya faham mengenai syarat wajib tayang itu, cumanya harap dapat dilanjutkan tayangan filem Melayu di pawagam kerana kita perlu bersaing dengan banyak filem luar.

“Ini adalah filem sulung saya, jadi perasaan teruja itu agak tinggi dan bila mengetahui satu demi satu pawagam menarik balik tayangan, terasa sedih pula,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Penerbit Global Solution Resource itu tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana perkongsian luahan hatinya itu sekadar pandangan peribadinya sahaja.

Walaupun filem Surf This Love tidak berjaya mendapat jumlah kutipan yang menyejukkan hati, tapi ia tidak bermaksud bahawa filem itu telah gagal.

Ini kerana ia telah dijadikan sebagai pengajaran bagi mereka untuk memberikan lebih lagi usaha demi mendapatkan karya yang lebih berkualiti dalam masa akan datang.

“Saya tak salahkan sesiapa dan faham mengenai peraturan dan syarat yang ditetapkan. Sebagai produser baru, filem ini bukan gagal, cuma masih banyak yang kita kena belajar.

“Mungkin pemilihan waktu kurang tepat dan perlu bersaing dengan filem luar membuatkan jumlah kutipan kurang memberansangkan.

“Harapan saya selepas ini semoga penonton Malaysia akan terus menyokong produk dan karya anak tempatan. Kita tidak akan pernah putus asa untuk menghidupkan industri perfileman negara,” tambahnya.

Filem berkenaan turut dibarisi oleh Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahin, Ardell Aryana dan ramai lgi.

Surf This Love telah diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta kerana telah menjalani penggambaran sekitar Pulau Tioman dan Bali, Indonesia. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: filem tempatanNetizenSurf This Love
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3,197 Mesin Judi Pelbagai Jenis Dilupuskan

Next Post

Seorang Lagi Adik Achik Spin Tarik Perhatian Netizen

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Seorang Lagi Adik Achik Spin Tarik Perhatian Netizen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd