• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Adik Achik Spin Tarik Perhatian Netizen

oleh Haris
09/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang kita ketahui, darah seni yang mengalir dalam keluarga bekas vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik Spin masih mewarnai industri kita terutama sekali dengan kehadiran adiknya Tajul Ariff dalam industri muzik negara.

Kehadiran penyanyi meningkat naik itu nyata menyambung legasi yang ditinggalkan arwah abangnya dalam industri muzik.

Namun, tidak ramai mengetahui akan seorang lagi adiknya iaitu Khalis yang turut mempunyai suara yang saling tak tumpah dengan arwah Achik.

Bagaimanapun, Khalis juga sebenarnya terlibat dengan industri muzik apabila menyertai band yang ditubuhkan oleh dua orang bekas ahli Spin iaitu Azren dan Aidel melalui kumpulan bernama Real Spin pada tahun 2016.

Sekitar pertengahan tahun lalu, Kumpulan Real Spin mengeluarkan single sulung mereka berjudul Semakin Rindu yang mendapat perhatian hangat netizen sehingga muzik videonya mendapat lebih daripada dua juta tontonan.

Namun, tidak tahu di mana silapnya, kumpulan berkenaan kemudiannya terus senyap dan nama Khalis tidak lagi didengari.

Kini, tersebarnya satu rakaman video di Facebook menyaksikan Khalis yang berpakaian seragam pengawal keselamatan menyanyi lagu kumpulan Real Spin dengan sangat lunak.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Shafarizy Abd Aziz melalui FB Live yang dirakamnya bersama Khalis.

Di dalam video tersebut, Khalis diminta oleh perakam untuk menyanyikan lagu Semakin Rindu dari kumpulan Real Spin dan nyanyiannya itu nyata memukau netizen yang menyaksikan video berkenaan.

Melalui informasi yang diambil daripada ruangan komen video tersebut, Khalis kini bekerja secara sambilan sebagai pengawal keselamatan di Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Nyanyian Khalis yang menyanyikan lagu Semakin Rindu secara pendek itu menyebabkan para netizen yang melihat video berkenaan rata-rata mahukan Khalis lebih dikenali dalam industri muzik seiring dengan adiknya Tajul.

Apa yang pasti, Khalis ternyata mempunyai bakat seiring dengan dua adik beradiknya itu dan dia hanya perlu mencaturkan kembali strategi untuk membuat dirinya dikenali ramai.

Mungkin dengan tersebarnya video ini, Khalis boleh menjadi viral dan boleh menaikkan namanya dalam industri. Itu pun sekiranya Khalis masih mahu berada dalam industri. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Achik SpinfacebookTajulviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd