Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

“Warkah Buat Anakku, Jalil”...

SEMUA orang akan diuji Tuhan, semua orang akan merasai kehilangan.Kesakitan kehilangan orang tersayang,...

Dadah: 4 Pelajar Universiti...

MELAKA - Empat pelajar universiti swasta terlepas hukuman gantung sampai mati setelah dilepas...

Habitat Orang Utan Terancam

JAKARTA – Pembinaan empangan hidroelektrik bernilai AS$1.6 bi­lion (RM6.6 bilion) di Indonesia yang...

Peningkatan Makmal Proses Dadah...

KUALA LUMPUR - Peningkatan jumlah makmal pemprosesan dadah di dalam negara menjadi antara...

Bapa Belasah Anak Dan Heret Dengan Motosikal

SEORANG kanak-kanak sekolah telah dibelasah dengan teruk oleh bapanya, sebelum lelaki itu mengikatnya di motosikal lalu mengheret anaknya di atas jalan yang berbatu, dalam kejadian penderaan yang mengejutkan ramai.

Lelaki itu dikatakan mendera anak perempuannya yang berusia 10 tahun kerana tidak mendengar cakapnya. Kejadian berlaku di Guangxi, China. Susulan kejadian itu, lelaki yang dikenali sebagai Wei itu telah ditangkap dan didakwa mendera.

Perbuatan kejam lelaki itu telah dirakamkan dan dalam klip selama tiga minit itu, kanak-kanak perempuan tersebut meraung ketika dipukul bapanya.

Ia dipercayai berlaku semalam. Polis mengambil tindakan ke atas Wei selepas menerima klip video berkenaan. Dua beranak itu ditemui di pasar, 20 minit selepas kejadian malang itu berlaku.

Kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital untuk rawatan dan imbasan kepala akan dilakukan oleh doktor.

Kes itu disifatkan sebagai serius dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • kejam

Kategori