• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Bersara, Tapi Dipinang Studio Antabangsa

oleh
25/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NOVEMBER depan, Altimet dikatakan bakal menamatkan karier seninya sebagai seorang penyanyi bersempena usianya yang ke-40.

Baca: Undur Diri, AJL32 Pentas Terakhir Buat Altimet

Namun kini, dia perlu mempertimbangkan keputusan itu selepas dikatakan telah menerima tawaran bagi menyertai sebuah syarikat rakaman antarabangsa sebagai Pengurus Artis & Repertoire (A&R).

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, selepas berjaya memberikan persembahan yang memukau ketika pementasan Ola Bola The Musical di Panggung Sari, Istana Budaya pada awal bulan lalu.

“Saya perlu menilai perancangan masa depan label terbabit. Jika saya lihat ia memenuhi apa yang saya cari, mengapa saya harus menolaknya?

“Jiwa saya terhadap muzik masih tebal, jadi saya cuba manfaatkan pengalaman yang ada untuk membantu menaikkan industri muzik.

“Begitu juga dengan kerjaya lakonan, saya tidak akan menolak jika tawaran diberikan menarik. Saya ingin mencuba watak antagonis. Namun, keghairahan saya terhadap lakonan tidak sama seperti kecintaan terhadap muzik,” katanya dipetik daripada BH Online.

Single baharunya, Mambang yang dilancarkan pada 26 Februari lalu telah membuatkan dia teruja untuk muncul dengan satu lagi lagu baharu berjudul Hutang dalam masa terdekat ini.

Lagu berkenaan bakal dikeluarkan sebelum 27 November ini yang mana merupakan tarikh dia sepatutnya bersara dalam bidang nyanyian.

“Mungkin ada yang bertanya, mengapa jarak untuk mempromosikan Mambang dan Hutang begitu dekat? Berbanding single terdahulu, saya tidak begitu yakin Mambang mampu menarik perhatian stesen radio,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, selepas Hutang, akan ada lagi beberapa lagu bakal menyusul sebagai penutup karier seninya.

Malah, penyanyi berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu juga akan menerbitkan dua buah album yang mana kedua-duanya bakal menemui peminat pada bulan ini serta November akan datang.

Perancangan yang berat bagi Altimet untuk menamatkan kariernya, dia juga bakal mengadakan beberapa siri penjelajahan sebagai satu tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat.

“Saya merancang persembahan berskala kecil dan eksklusif. Mungkin juga satu daripadanya akan berlangsung dalam skala besar. Saya berharap apa yang dirancang ini akan menjadi kenyataan nanti,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: AltimetMAMBANGNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd