• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin ‘Panas’ Disindir PM Isu Air Selangor Di Parlimen

oleh
12/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI…. Hasrat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba ‘memalukan’ Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat hari ini akhirnya memakan diri sendiri malah menjadi bahan jenaka.

Perdana Menteri sebaliknya dengan tenang memberikan reaksi sinis kepada pertanyaan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan hutang negara apabila memulangkan paku buah keras kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bahkan menyifatkan masalah air di Selangor sepanjang minggu lalu sehingga menyusahkan jutaan rakyat negeri itu lebih kritikal berbanding kemelut 1MDB yang sudah berjaya diurus baik.

Jawapan bersahaja Najib tersebut menyebabkan Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor tidak berpuas hati dan mempersoalkan kewajaran isu air di negeri pentadbiran beliau pula cuba dikaitkan sebagai amat serius.

Bagaimanapun, reaksi Timbalan Presiden PKR itu sekali lagi berjaya ‘memakan dirinya sendiri’ apabila Ahli-ahli Parlimen BN bangkit ‘mengkritik’ urus tadbir air di Selangor paling buruk sehingga menyusahkan rakyat marhaen.

Lebih ‘menyedihkan’ sekali ialah tidak ada seorang pun wakil rakyat pembangkang waima dari Selangor yang berani berdiri cuba mempertahankan Mohamed Azmin itu kerana mungkin bimbang mereka pula diaibkan secara terbuka!

Najib secara sinis menjelaskan bahawa peluang telah diberikan kepada Mohamed Azmin untuk terbuka bertanyakan soalan dan sewajarnya beliau juga perlu diberi peluang yang sama juga untuk jawab semula soalan dibangkitkan.

“Saya cuma buat perbandingan, ada contoh. Tetapi kenapa Gombak ‘panas punggung’ apabila sentuh pasal air? Hairan, hairan,” sindir beliau lagi ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohamed Azmin.

Ia berhubung sama ada kemelut hutang 1MDB mendatangkan kesan kepada peningkatan jumlah faedah hutang negara pada sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: air selangorAzmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd