• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama SMK Tebedu Terbakar, Pelajar Selamat

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Empat belas pelajar lelaki terselamat selepas sebuah bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu di Serian kira-kira 100 kilometer dari sini terbakar hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.55 pagi, sebelum sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dan sebuah ambulans Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau sepasukan tiga anggota pasukan bomba sukarela (PBS) Bunan Gega turut membantu operasi itu.

“Bangunan asrama struktur kekal tiga tingkat tersebut menempatkan 286 orang murid, namun kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik asrama lelaki di tingkat satu yang menempatkan 14 orang murid.

“Anggota yang tiba di lokasi mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak sekolah menggunakan 35 unit alat pemadam api dan satu saliran salur bantu mula dari bangunan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak membuat pemadaman sisa-sisa kebakaran yang masih ada untuk mengelak api hidup semula.

“Kejadian tidak melibatkan kecederaan, siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asramakebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd