• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Lahad Datu Tahan 19 PATI Di Tanjung Labian

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu menggagalkan cubaan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup keluar dari daerah ini ke Filipina, di perairan Tanjung Labian semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Lahad Datu, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata semasa pihaknya melaksanakan tinjauan pada 3 pagi, mereka mengesan sebuah bot pancung membawa PATI warga Filipina berumur setahun sehingga 45 tahun yang mahu pulang ke Filipina melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan terdapat 19 penumpang terdiri daripada enam lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki serta enam kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Radzil berkata kesemua PATI dibawa ke jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi APMM Lahad Datu di talian 089-885727 atau MERS 999 untuk sebarang kejadian termasuk kecemasan. – BERNAMA

Tags: APMMPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd