• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota 9 Jabatan, Agensi Boleh Mohon Undi Pos

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota sembilan jabatan serta agensi yang layak mengundi dan disahkan majikan perlu bertugas pada hari mengundi boleh memohon sebagai pengundi pos dalam negara sehingga lima hari sebelum hari penamaan calon, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anggota jabatan dan agensi terbabit adalah petugas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Jabatan Penjara; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja); Sukarelawan Polis; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Imigresen; Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar sahaja) boleh memohon undi pos.

“Mereka yang termasuk dalam kategori tersebut boleh memohon dengan menggunakan Borang 1C yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR.

“Permohonan melalui Borang 1C yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my atau melalui faks ke 03-88810424/ 0399/ 0394/ 0386/ 0369.

“Atau (mengemukakan permohonan) melalui pos ke alamat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Menara SPR, No 2 Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya (u.p. Unit Pengurusan Undi Pos),” menurut SPR dalam catatan #infopru14 di laman Facebook rasmi suruhanjaya itu di www.facebook.com/Pilihanrayaumumke14/.

Setiap permohonan yang diterima akan diproses dan pemohon dimaklumkan oleh SPR mengenai status permohonan mereka itu sama ada diluluskan atau sebaliknya.

“Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi talian 03-88810081 atau emel ke upup@spr.gov.my,” menurut catatan itu.

Satu lagi kategori pengundi pos adalah kategori petugas pilihan raya, polis serta tentera yang tidak dapat hadir mengundi awal, dan petugas media boleh membuat permohonan melalui Borang 1A.

Permohonan melalui Borang 1A yang lengkap diisi perlu dihantar ke pejabat pegawai pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing. Tarikh tutup permohonan kategori ini adalah pada hari penamaan calon. – BERNAMA

Tags: SPRundi pos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd