Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PBKD Lulus Pendaftaran Bersyarat...

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi...

UEC: Pemuda DAP Ucap...

KUALA LUMPUR - Pengarah Biro Hal Ehwal Varsity Pemuda DAP, Leong Yu Sheng...

Amalan ‘Roll-Call’ Perlu Terus...

TAWAU - Amalan perbarisan dan taklimat 'roll-call' perlu terus dibudayakan dalam kalangan anggota...

Kes Covid-19 Di AS...

NEW YORK - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada...

Aliff Kagum Dengan Intan Depani Isu Rumah Tangga

KEMELUT rumah tangga antara pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan Intan Liyana Saleh masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.

Berita itu bukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah golongan selebriti turut ‘terpanggil’ memberi reaksi berhubung hal itu. Antaranya, pengasas D’Herbs iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Memetik Mstar Online, Aliff berkata beliau bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa Intan.

Justeru itu, beliau memberi peluang pekerjaan dengan melantik wanita itu sebagai model bagi tudung di bawah jenamanya selama enam bulan.

“Sejujurnya saya simpati dengan nasib menimpa Intan dan melantik dia jadi model tudung Aliff By Sha selama enam bulan. Sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan untuk dia dan anak-anaknya.

“Buat masa ini komitmen yang dia beri sangat bagus, cumanya dia perlu ada keyakinan diri dan kena berani bawa diri ke depan,” katanya.

pengasas D’Herbs iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

Tambah Aliff, beliau sama sekali tidak kisah mahupun peduli dengan tanggapan negatif netizen yang mendakwa kononnya dirinya mengambil kesempatan ke atas Intan ketika wanita itu sedang berdepan dengan kontroversi.

“Saya mengaku memang ambil kesempatan terhadap Intan kerana isu ini sedang hangat diperkatakan dan ramai orang yang sedang menyokong dan kasihan dengan nasibnya.

“Tapi saya bukan ambil dia jadi model secara percuma ya, saya bayar dia dengan angka yang agak tinggi untuk kontrak selama enam bulan dengan harapan dapat bagi pendapatan kepada dia.


“Apa yang boleh saya kata, Intan ada aura dan pemilihannya sebagai model turut memberi impak positif kepada jualan kami,” tambah Aliff.

Intan Liyana Saleh

Ditanya mengenai komen mengenai isu yang menimpa Intan, Aliff berkata beliau enggan mengulas lebih berhubung hal tersebut sebaliknya amat mengagum dengan ketabahan Intan.

“Saya kagum dengan ketabahan Intan. Dia seorang yang sangat jaga hal rumah tangga sehinggakan rela bermadu. Tentang isu itu, saya tak mahu komen lebih-lebih sebab saya pun bukanlah sempurna mana.

“Saya anggap itu ujian hidup untuk dia dan semoga ada sinar persefahaman yang akan dicapai nanti. Saya harap dia boleh berjuang untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, sumber melaporkan Aliff bakal bergandingan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman dalam lagu baru berjudul Makhluk Penggoda– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori