• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya Man United Mahu Pasukan Wanita

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELAB bola sepak sensasi England, Manchester United mengesahkan mengenai hasrat untuk melancarkan pasukan profesional wanita.

Pasukan elit di Old Trafford itu merupakan satu-satunya kelab di Liga Perdana Inggeris yang tidak mempunyai pasukan wanita di peringkat profesional.

Manchester United telah mengemukakan permohonan kepada persatuan bola sepak (FA) dan berharap dapat menyertai peringkat kedua Liga Super Wanita (WSL).

Mengumumkan langkah itu, Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berkata: “Kami dengan sukacita mengumumkan bahawa kelab ini berhasrat untuk menubuhkan pasukan profesional wanita yang pertama dan telah mengemukakan permohonan untuk memasuki WSL2.

“FA telah memberikan sokongan yang sangat baik melalui proses ini dan kami percaya dengan melancarkan satu pasukan di WSL2, ia akan memberi lebih banyak pemain yang berbakat dari Kelab Bakat Serantau (RTC) peluang untuk membentuk diri mereka sebagai pemain pasukan pertama.

“Pasukan wanita Manchester United mesti dibina dengan imej yang sama dan dengan prinsip yang sama dengan pasukan pertama lelaki dan menawarkan pemain terlatih untuk menjadi yang terbaik.”

Manchester United mengesahkan skuad wanita akan ditempatkan di pusat latihan The Cliff.

WSL ditubuhkan pada 2011 sebelum diperluaskan kepada dua divisyen pada 2014. – Mirror UK/mStar Online

Tags: Bola Sepak WanitaManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd