• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ABIM Bidas Mahathir Mahu Kembalikan PPSMI

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membidas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana mahu mengembalikan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presidennya, Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, ABIM menegaskan pandangan bahawa mata pelajaran sains dan matematik perlu diajar melalui pengantar Bahasa Inggeris sudah disangkal oleh banyak kajian ilmiah sama ada dalam negara mahupun kajian di peringkat antarabangsa.

Justeru, katanya, tindakan mahu memgembalikan dasar PPSMI oleh Mahathir jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang adalah tindakan yang membingungkan, mengelirukan serta tidak bertitik tolak berasaskan fakta dan kajian.

“Antara sandaran utama adalah kajian dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerusi sampel ke atas 1942 murid tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 sekolah yang menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot. Malah ada yang dengan drastik merudum apabila naik ke tahun lebih tinggi.

“Selain itu, kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menunjukkan untuk sekolah rendah mata pelajaran sains hanya menyumbang peningkatan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus dan matematik tiada sumbangan.

“Sekolah menengah (aliran sastera) bagi subjek matematik hanya 1.0 peratus dan subjek sains hanya 0.6 peratus. Sekolah menengah (sains) kimia 0.2 hingga 0.6 peratus, matematik tambahan 0.3 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PPSMI diperkenalkan di Malaysia sewaktu Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Sementara itu, Mohamad Raimi berkata, hasil ujian antarabangsa, Trend Dalam Pengajian Sains dan Satematik (Timms) 2007 dan Program Penilaian untuk Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 sewaktu era PPSMI menunjukkan kedudukan Malaysia menjunam.

Dalam pada itu, katanya, ABIM turut meminta kerajaan memansuhkan Program Dwi-Bahasa (DLP) dengan serta merta yang dilihat seolah-olah mirip PPSMI.

Kerajaan pada Mac 2016 namun pernah menjelaskan DLP yang bertujuan mengukuhkan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah bukan bersifat paksaan dan wajib dilaksanakan di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan sebaliknya dipetik berkata, kementerian memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd