• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abe Mohon Maaf Skandal Kroni Jual Tanah

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sekali lagi memohon maaf semalam kerana menyebabkan kebimbangan dan kehilangan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, susulan dakwaan skandal kronisme dan usaha menyembunyikannya.

Penunjuk perasaan menggesa Abe meletak jawatan, manakala polis meningkatkan keselamatan di luar lokasi persidangan tahunan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik di Tokyo semalam.

Dalam ucapan ketika persidangan berkenaan, Abe sekali lagi menekankan hasratnya untuk meminda perlembagaan yang menghalang Jepun daripada berperang yang dirangka Amerika Syarikat.

Abe kini berdepan krisis politik terbesar sejak berkuasa pada Disember 2012 susulan dakwaan penjualan tanah kerajaan dengan diskaun tinggi kepada pengendali sekolah yang mempunyai hubungan dengan isterinya.

“Masalah ini menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran. Sebagai ketua kerajaan, saya rasa amat bertanggungjawab dan memohon maaf kepada rakyat,” katanya di persidangan itu.

Abe juga menjanjikan fakta berhubung skandal itu dijelaskan secara terperinci dan usaha menghalang kes sama berulang tetapi tidak menyatakan sebarang niat untuk melepaskan jawatannya.

Abe menafikan dia atau isteri campur tangan dalam jualan itu atau cuba mengubah dokumen berkaitan.

Tinjauan awam pada hujung minggu lalu menunjukkan sokongan terhadap kabinet Abe menjunam sehingga ke paras 31 peratus dengan majoriti warga Jepun beranggapan dia bertanggungjawab dalam skandal berkenaan. – Reuters/myMetro Online

Tags: jepunJual TanahShinzo Abe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd