• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Tren Baharu Tingkatkan 50% Keupayaan ERL

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tren dibeli daripada Changchun Railway Vehicles Co Ltd (CRRC) berpangkalan di China itu merupakan tambahan kepada 12 tren ERL sedia.

Menurut beliau, dua set tren baharu itu akan digunakan bagi perkhidmatan KLIA Ekspres, manakala empat set lagi untuk KLIA Transit.

“Perkhidmatan tambahan bagi KLIA Transit itu akan mengurangkan tempoh menunggu kepada setiap 15 minit daripada kekerapan setiap 20 minit semasa waktu puncak sebelah pagi dan petang sebelum ini.

“Semasa bukan waktu puncak pula, kekerapan pelepasan tren akan meningkat kepada 20 minit daripada 30 minit, menjadikannya setara dengan perkhidmatan KLIA Ekspres,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan tren baharu itu di Lapangan Terbang Antarbangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

KLIA Ekspres menyediakan perkhidmatan tanpa henti antara lapangan KLIA serta klia2 dan KL Sentral di ibu negara.

Liow berkata ERL menyasarkan jumlah penumpang hariannya meningkat sebanyak lima peratus tahun ini daripada 23,900 tahun lepas.

Katanya, berikutan kenaikan kadar tambang pada 2016, jumlah penumpang perkhidmatan itu berkurang sebanyak 19 peratus.

Menurut Liow, penambahan tren itu turut meningkatkan penawaran nilai, sesuatu yang sangat penting bagi menarik lebih banyak orang menggunakan pengangkutan awam.

“Ia juga menjadi pelengkap kepada komitmen kerajaan untuk menambah baik infrastruktur pengangkutan awam, kualiti perkhidmatan dan ketersambungan batuan pertama dan terakhir.

Tren dihiasai corak yang menggabungkan motif songket tradisional seperti Pucuk Rebung, Tapak Sulaiman dan Bunga Pecah Lapan itu akan mula beroperasi esok.

Setiap tren baharu yang digunakan bagi KLIA Ekspres itu mempunyai 192 tempat duduk, manakala tren bagi KLIA Transit pula mampu menampung hingga 350 penumpang, termasuk 144 yang mempunyai tempat duduk.

Selepas pelancaran itu, Liow memandu tren berkenaan dari KLIA ke Stesen Salak Tinggi dengan membawa tetamu dan petugas media. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiERL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan menambah jumlah kekerapan operasi tren...

ERL Beroperasi Semula 13 September Ini

09/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kendalian Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan beroperasi semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd