• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Merusuh Di Hadapan Balai Polis Padawan Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Enam lelaki, berumur antara 20 dan 27 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di hadapan Balai Polis Batu 10, Kota Padawan ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata kesemua mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan sebagai merusuh dan Seksyen 427 kanun sama sebagai khianat.

Kesemua enam suspek akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

Insiden merusuh pada 25 Mac kira-kira 8.30 malam itu bermula apabila seorang daripada suspek dikatakan tidak puas hati dengan tindakan seorang lagi yang tidak memberinya laluan ketika memandu di Pasaraya Giant, Batu 10 lalu mengekorinya ke pasar raya tersebut sebelum bertindak merosakkan kereta lelaki berkenaan.

Kedua-dua pihak kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan berikutan kejadian pecah kereta yang berlaku di tempat letak kereta .

Dev berkata, bagaimanapun video insiden itu telah tular menerusi media sosial dan banyak komen diterima tentang kegagalan pihak polis bertindak meredakan keadaan yang tercetus di hadapan balai.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas perkara tersebut dan setakat ini pihak polis belum dapat mengulas lanjut mengenainya hingga siasatan dalaman selesai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Merusuhsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd