• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Bulan Simpan Rahsia, Ilya Terbang Ke Hollywood

oleh
04/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS lama simpan rahsia tentang misinya untuk ukir nama di persada filem antarabangsa, pelakon Raja Ilya kini sudah terbang ke Hollywood bagi merealisasikan impiannya di sana.

Selama dua minggu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad gigih menjalani beberapa uji bakat bagi melayakkan dirinya berlakon dalam sebuah produksi yang popular dengan watak adiwira.

“Selepas enam bulan membuat persiapan rapi dari segi semua aspek, saya kini bersedia untuk memulakan perjuangan itu.

“Saya perlu pastilan diri sentiasa cergas dan berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebagai syarat kelayakan menyertai pemilihan itu,” kata Ilya, 32, dipetik daripada BH Online.

Malah, sebelum ini, pelakon drama bersiri popular Gerak Khas itu juga pernah dituduh kononnya mereka cerita tentang tawaran yang disertainya.

Hal ini kerana dalam tempoh beberapa ketika, Ilya langsung tidak mendedahkan sebarang pembayang tentang penglibatannya di dalam filem tersebut.

Selepas puas menunggu, kini Ilya sudah bersedia untuk meluaskan sayap bakatnya dalam industri seni.

Jika sebelum ini, ramai barisan pelakon tempatan sudah beralih angin ke negara seberang, kini giliran Ilya pula ‘terbang’ jauh sedikit bagi membawa nama baik Malaysia.

Sebab utama kenapa aktres berdarah kacukan Melayu, Arab serta Malayan itu tidak berkongsi tentang rancangan besarnya itu ialah disebabkan dia terikat dengan perjanjian bersama dengan pihak produksi dan ejen di sana.

“Saya sudah berkorban jiwa dan raga, selain wang ringgit untuk memastikan saya mendapat peluang ini. 

“Saya harap dapat menyumbangkan sesuatu untuk menaikkan lagi martabah seni negara,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan yang lain, pelakon tinggi lampai itu juga bakal terlibat dalam pembikinan drama Syurga Tak Sempurna 2 terbitan Darkwave Pictures.

Semoga segala usaha dan persiapan yang dilakukan oleh Ilya membuahkan hasil. Bukan mudah bagi anak seni tempatan melakar nama di persada antarabangsa.

Ini kerana secara tidak langsung, mereka ini turut akan membawa nama baik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. – MYNEWSHUB.CC/AH

https://youtu.be/M0vEAr3tM_4

Tags: Filem HollywoodNetizenRaja Ilya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd