• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pelajar Ditahan Di Sibu Kerana Buli

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis menahan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sebuah kolej vokasional di sini hari ini kerana disyaki terlibat kes buli sehingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki lain baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira 9.20 malam pada 11 Februari lepas, mangsa hanya membuat laporan mengenai kejadian itu hari ini kerana takut pada suspek.

Katanya dalam kejadian itu, mangsa didatangi keempat-empat suspek yang kemudian menutup mulutnya dengan menggunakan kain lalu menyalakan pemetik api di bahagian belakang badan, memukul seluruh badan dan menampar muka mangsa berkali-kali.

Mangsa merayu agar suspek menghentikan perbuatan tersebut tapi tidak diendahkan dan kejadian dikatakan berlanjutan sehingga pukul 11 malam, kata Stanley.

Berikutan itu pengadu mengalami kesan cedera, kesan lecur di belakang badan, tangan dan jari kanan kesan dicucuh pemetik api.​​​​​​​

“Punca kejadian disebabkan salah faham antara mangsa dan suspek kerana seorang daripada suspek berkenaan berperwatakan lembut dan mangsa dikatakan pernah mempersendakannya,” katanya.

Menurut beliau, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut untuk memberi pengajaran kepada mangsa.

Polis, kata Stanley, akan mendapatkan perintah reman esok terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: ACP Stanley Jonathan Ringgitbuli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd