• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Individu Halang Tugas Penjawat Awam Ditahan

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan empat individu dalam dua serbuan berasingan semalam kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas dan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seremban ASP Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian pada 6 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota telah membuat intipan terhadap kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dinaiki seorang lelaki dan wanita, masing-masing berumur 30 dan 29 tahun, sedang bergerak ke arah simpang susur keluar Jalan Tun Dr Ismail.

“Pasukan itu kemudiannya memintas dan menahan kereta tersebut serta mengarahkan kedua-dua suspek keluar daripada kereta, namun tiada sebarang kerjasama daripada pemandu, sebaliknya suspek telah bertindak agresif mengundurkan kereta yang dipandu.

“Seorang daripada anggota polis lalu memecahkan cermin kereta pada bahagian pemandu agar kereta itu berjaya dihentikan sebelum bertindak menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut tidak menjumpai sebarang dadah atau barang salah dalam milikan kedua-dua suspek, namun ujian saringan awal air kencing mendapati mereka berdua positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Thiew berkata dalam serbuan berasingan pada 7.30 malam di sebuah rumah di Seremban 2 Heights dekat sini pula seorang wanita berumur 31 tahun ditahan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

“Suspek telah bertindak mengunci pintu rumah dengan gril mangga ketika pasukan serbuan mahu mengadakan pemeriksaan walaupun setelah polis memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan pemeriksaan.

“Selepas gril mangga dipotong, suspek sama masih enggan memberikan kerjasama dan meronta-ronta semasa cubaan untuk menahannya,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut pihaknya di tingkat atas kemudian menjumpai seorang lelaki berumur 37 tahun bersama sepeket dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat segram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd