Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Penyelesaian Isu Kuil Sri...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor yakin pertikaian berhubung isu perpindahan Kuil Sri...

Persembahan Justin Dikritik Peminat...

PERSEMBAHAN separuh masa kejohanan bola sepak Amerika Super Bowl amat diambil berat oleh kebanyakan...

RUU Kumpulan Wang Disatukan...

Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dibentang untuk bacaan...

Batal SSA Bandar Malaysia...

PUTRAJAYA - Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia adalah keputusan...

21 PATI Ditahan Dalam Op Mega 2.0 Di Kuala Ketil

BALING – Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia Kedah dalam Operasi Mega 2.0 yang dilaksanakan di sekitar Kuala Ketil dekat sini malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri Zuhair Jamaludin berkata pihaknya berjaya menahan 15 lelaki dan enam wanita berumur antara 19 hingga 49 tahun dengan kesemuanya merupakan warga Thailand dalam operasi yang bermula dari 8.30 malam hingga 2 pagi itu.

“Operasi penguatkuasaan itu menyasarkan enam premis makanan yang menyajikan makanan ala Thailand dan seramai 84 warga asing dari pelbagai kerakyatan diperiksa.

“Daripada pemeriksaan tersebut, kami berjaya menahan 21 daripadanya yang merupakan pekerja di restoran tersebut kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhair berkata sehubungan itu kesemua mereka kini ditahan di lokap imigresen di bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori