• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Polis Terima Suapan Dipenjara 4 Tahun, Denda

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua anggota polis dipenjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM8,000, empat tahun lalu.

Hakim S. Indra Nehru menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal V. Ravi Chandran, 50, serta Inspektor Mohd Faizal Fauzi, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan melampaui munasabah.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula hari ini serta memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan lagi jika gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh didakwa menerima rasuah berjumlah RM8,000 daripada K. Premnath sebagai dorongan untuk menutup siasatan ke atas lelaki itu berhubung kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Jelapang di sini, antara 7.40 hingga 7.55 malam, 2 Sept 2014.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Laila Mohamed Nazil manakala peguam EP Seeralasittan mewakili Ravi Chandran dan Mohd Faizal diwakili peguam K. Nahtan.

Pada prosiding itu, Indra Nehru juga membenarkan permohonan kedua-dua peguam yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana tertuduh berhasrat memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Berikutan itu, Indra Nehru menetapkan jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM10,000 yang ditetapkan sebelum ini, dinaikkan kepada RM15,000. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Kes Rasuahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd