• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM12,700

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis heroin, pil kuda dan ganja yang keseluruhannya bernilai RM12,700 di sebuah gerai burger di Felda Mengkawang hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP, Mohd Adli Mat Daud berkata dalam serbuan kira-kira 12.45 pagi tadi pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Hulu Terengganu menemui satu beg berwarna biru gelap daripada seorang suspek yang ditahan.

“Semasa ditahan, seorang suspek berumur 30 tahun itu dilihat memegang satu beg dan apabila diperiksa pihak polis menjumpai satu bungkusan plastik berwarna putih bertulis ‘Poslaju’. Di dalam bungkusan plastik tersebut terdapat satu bungkusan surat khabar yang berpita pelekat lutsinar.

“Di dalamnya terdapat lapan botol plastik lutsinar bertudung kuning berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin, empat peket plastik berwarna biru yang mengandungi 800 biji pil kuda, dan satu peket plastik lutsinar yang berisi daun kering yang dipercayai ganja bernilai RM30,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Menurut Adli pihaknya turut menemui satu peket plastik lutsinar yang mengandungi 40 biji pil kuda di dalam satu beg berwarna coklat di atas lantai berhampiran seorang lagi suspek berumur 27 tahun.

Semasa serbuan, kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan di antara pihak polis apabila suspek bertindak melawan ketika ditangkap dan menyebabkan seorang daripada suspek cedera pada beberapa bahagian badan.

Katanya kedua-dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan direman sehingga 14 Mac. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd