• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Modal Pembangkang Yang Kering Isu – Arul Kanda

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang masih sibuk dengan isu 1MDB kerana kekeringan isu untuk mengkritik kerajaan, kata Arul Kanda Kandasamy.

Katanya, pembangkang terus mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan 1MDB walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat.

“Kerajaan telah meningkatkan ekonomi negara dan mencipta peluang pekerjaan. Pembangkang tidak dapat menentang dasar kerajaan lalu mereka tidak ada modal lagi,” kata ketua pegawai eksekutif 1MDB itu.

Menurutnya lagi, rekod 1MDB dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) telah mengesahkan tiada wang yang disalurkan ke akaun Najib seperti didakwa pembangkang.

“Saya mengesahkan 1MDB, berdasarkan rekod kami dan penyiasatan PAC, tidak pernah membayar walau satu sen pun kepada akaun peribadi perdana menteri,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

“Kuasa beliau hanyalah sebagai penasihat, dan oleh sebab kedudukannya dalam lembaga itu, pembangkang mendakwa beliau bertanggungjawab,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa rakyat supaya tidak terpedaya dengan saman yang dibuat di Amerika Syarikat pada 2016.

Arul turut menjelaskan bahawa saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB pada 2016 juga tidak disusuli dengan sebarang prosiding, pembelaan atau penghakiman.

“Sehingga kini tidak ada apa-apa prosiding, pembelaan atau penghakiman (mengenai saman itu).”

Pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini terus memperbesarkan isu 1MDB yang dipertanggungjawabkan terus pada PM Najib. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBArul Kanda
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd