• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18,000 Pekerjaan Menerusi Tok Bali Supply Base

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Sebanyak 18,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi pembangunan projek Tok Bali Supply Base (TBSB) di Tok Bali di sini bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia membabitkan 3,000 pekerjaan secara langsung di TBSB manakala bakinya menerusi pembangunan sektor pelancongan seperti hotel dan restoran.

“Projek berkenaan mempunyai 40 penyedia perkhidmatan dan syarikat itu berhasrat menambah sehingga 120 penyedia perkhidmatan dalam beberapa tahun akan datang, selain menjangkakan 600 kapal akan berlabuh tahun ini berbanding 309 kapal pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai projek berkenaan pejabat Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat.

Tok Bali Supply Base menyediakan kemudahan prasarana bagi menyokong industri petroleum luar pantai di kawasan utara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) berkata dalam pada itu, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) juga akan membangunkan 80 hektar tanah di sekitar kawasan Tok Bali sebagai kawasan industri.

“ECER telah mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan negeri dan agensi tersebut memperuntukkan RM200 juta bagi pembangunan projek itu.

TBSB juga akan membangunkan kawasan seluas 80 hektar sebagai taman daerah kira-kira tujuh kilometer dari tempat mereka beroperasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantanpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd