• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Hospital Mula Tawar Rawatan Percuma Hepatitis C

oleh Ahmad Albab
19/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 hospital terpilih di seluruh negara telah mula menawarkan rawatan direct-acting antiviral (DAA) dan Sofosbuvir secara percuma kepada pesakit Hepatitis C bermula awal bulan ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Katanya fasa pertama rawatan itu akan diberikan kepada 2,000 pesakit kronik Hepatitis C daripada 23,000 pesakit yang telah berdaftar bagi mendapatkan rawatan tersebut.

Menurutnya, walaupun jumlah permulaan ini agak kecil namun kementeriannya komited dalam menambah lagi jumlah akses kepada rawatan tersebut dalam masa terdekat.

“Kos rawatan DAA ini juga murah iaitu kira-kira RM1,000 seorang berbanding RM50,000 sebelum ini. Malah DAA juga mampu memulihkan pesakit pada kadar lebih 95 peratus,” katanya kepada pemberita setelah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Selayang di sini hari ini.

Pada September tahun lepas, Dr. Subramaniam mengumumkan Kabinet telah meluluskan penggunaan Hak Kerajaan di bawah Akta 1983 (Akta 291) dengan memanfaatkan penciptaan tablet Sofosbuvir 400mg yang dipatenkan, yang mana kos rawatan bagi Hepatitis C akan menjadi lebih rendah dan dengan itu lebih ramai pesakit akan dapat dirawat.

Menurutnya, keputusan melaksanakan Hak Kerajaan itu dibuat setelah usaha Kementerian Kesihatan untuk memasukkannya ke dalam Himpunan Paten Ubat (MPP) dan rundingan harga dengan pemegang paten, tidak berhasil.

Sementara itu, Dr. Subramaniam berkata menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 400,000 penghidap Hepatitis C di Malaysia ketika ini dengan sebilangan besar lagi masyarakat yang belum tahu mereka menghidap penyakit tersebut.

Menurutnya, ekoran jumlah kes yang tinggi itu, kerajaan perlu membelanjakan peruntukan yang besar bagi merawat penyakit berjangkit itu.

“Oleh sebab itu, kami membuat keputusan menggunakan Hak Kerajaan, ini merupakan antara langkah keberkesanan kos kami bagi mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan rawatan yang diberikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospital
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd