Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Remaja Hilang Ditemui Mati...

LANGKAWI - Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa berenang di laut berdekatan...

Pihak Asing ‘Kaut’ Hasil...

KUALA LUMPUR - Apa sudah jadi di Selangor apabila pihak asing dengan berani...

PR1MA Tidak Pernah Lantik...

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) tidak pernah melantik atau memberi kontrak...

Vokal Mantap Trio Tutup...

KONSERT High Note 2016 yang mengandingkan tiga penyanyi bernada tinggi Ziana Zain, Jaclyn...

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara, berdekatan Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wan Ahmad Izzat Alauddin Mohd Faris, 12, disahkan oleh pasukan perubatan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas jam 11.32 pagi itu.

Ketika nahas, ada 13 individu dalam van berkenaan, iaitu 12 pelajar tahfiz termasuk mangsa dan seorang pemandu.

Ibunya, Wan Noor Azilah Wan Sulaiman, 48, berkata dia menerima khabar sedih menimpa anak tunggalnya melalui kumpulan WhatsApp pusat tahfiz berkenaan lalu bergegas ke lokasi yang jaraknya 15 minit dari kediamannya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, hatinya luluh melihat tubuh Wan Ahmad Izzat Alauddin terbaring kaku, namun tetap menguatkan semangat membuka kain yang menutupi arwah.

“Sepatutnya, malam ini saya ambil Wan Ahmad Izzat pulang ke rumah untuk beraya, tetapi tuhan lebih menyayanginya. Dia pergi buat selamanya ketika beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.


“Malam tadi malam terakhir kami berbual melalui telefon, dia ada tanya pendapat saya nak beli baju raya warna apa. Tak sangka keterujaan dia untuk keluar membeli kelengkapan raya bersama rakan-rakan tahfiznya adalah petanda untuk dia pergi buat selamanya.

“Saya reda dengan kehilangan satu-satunya anak yang saya ada dan berdoa semoga segala urusan jenazah dapat disegerakan,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini.

Wan Noor Azilah berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chiku 7, Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias, berkata berkata sebaik anggota polis tiba di lokasi, terdapat van milik sebuah pusat tahfiz terbabas ke dalam parit.

“Hasil pemeriksaan, seorang pelajar meninggal dunia dan dibawa ke HUSM, manakala 11 lagi mangsa mengalami kecederaan dan dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori