• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

113 Peneroka Bukit Cerakah Saman MB Selangor

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 113 peneroka di bawah Rancangan Revolusi Hijau Peringkat II dan II di Bukit Cerakah, Kuala Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lima yang lain atas dakwaan cuai menstrukturkan persetujuan penghakiman di Mahkamah Persekutuan membabitkan tanah di rancangan berkenaan.

Dalam tuntutan saman tersebut, kumpulan peneroka berkenaan yang diketuai Mohd Fadzil Ibrahim selaku plaintif, turut menamakan Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Pemerbadanan (Menteri Besar Incorporated) (MBI), Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor, dan Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor sebagai defendan.

Saman itu difailkan menerusi Tetuan Kamarudin & Partners di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini, kira-kira 10 pagi.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif antara lain mendakwa, pada 2016 suatu Perintah Persetujuan telah direkodkan di Mahkamah Persekutuan antara Kerajaan Negeri Selangor dengan tiga syarikat pemaju, Mujur Zaman Sdn Bhd (MZSB), Liputan Canggih Sdn Bhd (LCSB), dan LBCN Development Sdn Bhd, di mana plaintif tidak bersetuju serta tidak dimaklumkan terma-terma terkandung dalam perintah persetujuan itu.

Menurut plaintif, di bawah perintah persetujuan tersebut, Mohamed Azmin dan kerajaan negeri telah membenarkan MZSB dan LCSB terus memegang tanah-tanah berjumlah kira-kira 800 hektar (2,000 ekar) yang terkandung di bawah ketiga-tiga perjanjian jual beli antara kedua-dua syarikat berkenaan dengan Paragon Pinnacle Sdn Bhd.

Melalui ketiga-tiga perjanjian jual beli bertarikh 22 Sept 2015 itu, MZSB dan LCSB telah menjual tanah Bukit Cerakah seluas kira-kira 800 hektar yang terletak di mukim Ijok tersebut kepada Paragon Pinnacle dengan harga RM943,791,639. -BERNAMA

Tags: isu tanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petronas Meterai Perjanjian Bekal LNG Dengan Tokyo Gas

Next Post

Dewan Surau Jadi Mahkamah Syariah, Bicara Tanah Wakaf

Related Posts

Penduduk Minta Kerajaan Campur Tangan Isu Tanah

Penduduk Minta Kerajaan Campur Tangan Isu Tanah

14/07/2022
0

KOTA KINABALU - Lebih 40 penduduk dari Kampung Sinompuru Sungai Simpang, Sandakan, merayu supaya kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah dihadapi...

Felda Dapat Balik 16 Lot Tanah

09/03/2018
0

KUALA LUMPUR- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperoleh kembali 16 lot tanahnya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak secara rasminya hari...

Next Post

Dewan Surau Jadi Mahkamah Syariah, Bicara Tanah Wakaf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd