• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Nafi Mengakibatkan Kematian Bayi

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang didakwa menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi yang baru dilahirkan di Pulai, Johor, Ahad lepas, telah membuat laporan polis untuk menafikan pembabitannya dalam kes itu.

Malah cerita mengenai pembabitan wanita itu telah tular di laman sosial Facebook kononnya dia bersubahat dengan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka ‘doula’ atau peneman ibu bersalin tanpa campur tangan doktor.

Susulan catatan itu tular hingga mendapat ribuan perkongsian, wanita itu dikecam netizen kerana dikatakan telah menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi yang dilahirkan songsang di rumah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) hari ini, berkata, wanita itu membuat laporan polis pada Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan bagi menafikan tuduhan terhadap dirinya seperti yang disebarkan dalam Facebook itu.

Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mengatakan dia dituduh sebagai punca kematian bayi rakannya selain mendedahkan namanya, suami dan gambar pasangan itu.

Mohd Khalil berkata, ibu bapa bayi berkenaan juga telah membuat laporan polis mengenai kematian anak mereka namun tidak menyebut atau mengaitkan dengan sesiapa.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang menyiasat ‘posting’ Facebook berkenaan yang mengaitkan wanita berkenaan serta punca kematian bayi berkenaan.

Menurutnya, wanita itu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Selain itu, katanya, pegawai penyiasat juga telah diarahkan untuk bertemu dengan ibu bapa bayi berkenaan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian sebenar.

Setakat ini, polis belum mengklasifikasikan siasatan dengan mana-mana seksyen kerana kes masih di peringkat awal, katanya.

Baru-baru ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah, tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah.

Bayi berkenaan dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi kerana bayi dan ibunya hanya berada di bawah pengawasan doula. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd