Tuesday, April 23, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri & Seorang...

DUNGUN - Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah...

Sambung Reman Pemandu Treler...

Taiping : Tempoh reman pemandu treler muatan besi yang terbabit dalam nahas mengorbankan...

GSK, CEPI Bekerjasama Hasilkan...

BREBTFORD - Syarikat farmaseutikal GlaxoSmithKline Plc (GSK) bekerjasama dengan Gabungan Inovasi Persediaan Wabak...

Kereta Kabel Langkawi Terus...

LANGKAWI - Peristiwa beratus-ratus pelancong terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami...

Vokal Terbaik, Ernie ‘Bakar’ Semangat Syamel

PERTAMA kali melayakkan diri ke pentas penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pastinya membuatkan penyanyi baharu, Syamel dan Ernie Zakri berasa gemuruh.

Lebih-lebih lagi apabila pencabar yang lain juga bukan calang-calang!

Namun menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 25, perasaan itu terus hilang selepas dia melihat wajah Ernie Zarki yang merupakan pasangan duetnya bagi lagu Aku Cinta.

“Sebelum kami nak buat persembahan, Ernie ada berpesan jangan terlebih buat sebab saya dah rasa gementar apabila melihat sesi latihan semua finalis.

“Namun, ketika persembahan saya hanya tengok muka dia dan dapat menjiwai lagu itu. Saya sangat berterima kasih kepada Ernie yang dapat menyanyi dengan baik,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagi Syamel, Erni telah memberikan yang terbaik kepadanya dan dia juga telah lakukan yang terbaik buat gadis kelahiran Bintang RTM itu.

Pada Ahad lalu, mereka telah memenangi anugerah Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta.

Dalam masa yang sama, menurut ketua juri AJL32, Azmeer yang turut merupakan seorang komposer memberitahu bahawa sebab utama Syamel dan Ernie memenangi anugerah tersebut ialah kerana mereka mempunyai vokal yang sempurna sehingga pihak juri tidak dapat mencari kesilapan mereka.

Malah, Erni atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, dia langsung tidak menyangka bahawa mereka dapat mengalahkan beberapa lagi finalis lain yang baginya turut mempunyai vokal yang baik.


“Kami tak meletakkan harapan untuk kalahkan sesiapa. Sebab bagi saya vokal yang paling menyerlah dan sedap didengari adalah Salma dan Dayang Nurfaizah.

“Memang tak dijangka tapi ia adalah rezeki kami. Kalau nak ikutkan, habis menyanyi kami rasa puas hati sebab dah buat persembahan di pentas berprestij itu. Kira dah bersyukur,” tambah Ernie.

Lagu Jampi nyanyian Hael Husaini benar-benar telah berjaya ‘menjampi’ juri serta penonton yang hadir apabila lagu tersebut dinobatkan sebagai Juara bagi AJL32 tahun ini.

Naib Juara pula telah disanding oleh lagu Sejati yang asalnya merupakan nyanyian Faizal Tahir namun malam itu telah digantikan oleh Azmi Caliph Busker.

Tuah si anak muda yang berbakat besar, Haqiem Rusli telah berjaya memberi yang terbaik apabila dia telah berjaya diumumkan sebagai tempat ketiga.

Manakala lagu ‘perlian’ yang penuh maksud, Amboi nyanyian Altimet pula telah berjaya dinobat sebagai Anugerah Persembahan Terbaik.

Rata-rata penonton turut berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh semua peserta dan difahamkan AJL32 ini merupakan satu-satunya kelainan yang telah dibawa sepanjang 32 tahun Anugerah Juara Lagu berlangsung. – MYNWSHUB.CC/AH

Kategori