• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Dia Ingat Orang Masjid Ni Takda Akai”

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJADIAN pecah tabung masjid sememangnya bukan perkara baharu dalam masyarakat hari ini.

Sungguhpun pelbagai langkah keselamatan telah diambil, ia nampaknya masih tidak berkesan untuk membendung aktiviti jenayah itu.

Namun, lain pula situasi yang dihadapi oleh sekumpulan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Puyu di Pulau Pinang baru-baru ini ketika berhadapan isu berkenaan.

Dalam satu rakaman video yang tular di laman sosial, ia memaparkan seorang lelaki kelihatan bergelut untuk memecahkan peti tabung masjid tersebut dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, semalam.

Suspek pada mulanya mundar mandir melakukan pemeriksaan di luar tingkap dan setelah memastikan tiada sesiapa di luar, dia terus menuju ke sebuah bilik bagi mencari tabung masjid.

Setelah menjumpainya, apalagi terus cuba dikopak peti berkenaan dengan menggunakan pelbagai cara termasuk dengan meniarap.

Melihatkan tindakan si pencuri yang menggunakan pelbagai ‘taktik’ untuk memecahkan tabung masjid, Ahli Jawatankuasa Masjid menjadikan kejadian itu sebagai sesuatu yang lucu dengan cuba mengulas situasi tersebut.

“Tuan-tuan tengok! Dia ingat orang masjid takda akai kot boh peti macam tu ja. Bawak bom pun belum tentu lagi orang boleh pecah,” ulas salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid, sambil kedengaran mereka ketawa.

Tidak setakat itu, turut kedengaran seorang lagi mengatakan;“Bukak-bukak dapat envelope kosong pulak, heh heh heh. Dok syok pasai masa nak dapat rasa seronok habih, tapi bukak-bukak murka heh heh heh.”

Rata-rata netizen turut menyifatkan mereka sangat tenang kerana mampu bergurau dan ketawa ketika menonton aksi gelagat si pencuri.

Bagaimanapun, segelintir netizen menasihatkan pihak masjid untuk segera membuat laporan polis bagi mengesan individu terbabit.

Difahamkan, si pencuri gagal dalam cubaan untuk memecahkan tabung masjid tersebut biarpun telah melakukan kegitan itu dengan bersungguh-sungguh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: masjidtabung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd