• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Tinjau Eksesais Antikeganasan WUF 9

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meninjau latihan amal eksesais antikeganasan ber sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF 9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, meluangkan masa kira-kira 30 minit meneliti tahap kesiapsiagaan anggota keselamatan dalam menghadapi sebarang ancaman keganasan sepanjang tujuh hari forum antarabangsa itu yang dijadual bermula 7 Feb.

Malaysia menjadi tuan rumah WUF 9, anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHABITAT), yang akan menghimpunkan seramai 25,000 peserta daripada 194 negara.

Dalam sidang media, Ahmad Zahid berkata Malaysia tidak akan mengambil mudah dalam soal keselamatan bagi semua penganjuran persidangan peringkat antarabangsa dan pihaknya menyasarkan insiden sifar sepanjang forum itu berlangsung.

“Sebanyak 50 peratus peserta terdiri daripada delegasi antarabangsa. Oleh itu kita mahu mencapai matlamat insiden sifar. Maka penglibatan semua pihak cukup penting,” katanya.

Ahmad Zahid berkata lebih 2,000 anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Anggota Tentera Malaysia (ATM) akan bertugas bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman awam serta keamanan sepanjang forum berlangsung termasuk di semua pintu masuk negara.

WUF 9 adalah forum yang pertama diadakan selepas persidangan ketiga PBB bagi Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Okt , 2016.

Penganjuran WUF 9 mencerminkan komitmen Malaysia kepada dunia dalam aspek pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera. Ia selari dengan aspirasi negara dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan, Persidangan Pihak-Pihak 21 (COP21) – Perjanjian Paris , selain menerima pakai Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang dipersetujui pada HABITAT III.

WUF, yang merupakan forum dwitahunan terbesar dunia tentang isu urbanisasi bertujuan mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan ke arah masa depan bandar yang lebih baik.

WUF 9, dengan tema “Bandar Raya 2030 – Bandar Raya Untuk Semua: Melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu” menjadi platform pertama untuk membahaskan tentang pelaksanaan dan pencapaian NUA.

Penganjuran WUF 9 di Kuala Lumpur menjadikannya yang kedua diadakan di benua Asia selepas Nanjing, China menjadi tuan rumah pada 2008.

Antara bandar raya yang pernah menjadi tuan rumah forum berkenaan ialah Nairobi (Kenya), Barcelona (Sepanyol), Vancouver (Kanada) , Rio de Janeiro (Brazil) dan Naples (Itali).

Siri latihan hari ini melibatkan hampir 200 anggota keselamatan dan agensi termasuk Unit Tindakan Khas daripada PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia dan JBPM.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkefli Mohd Zin. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd