• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Unsur Jenayah Siasatan Awal Kes Pelajar Maut

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Siasatan awal berhubung kes seorang pelajar maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, semalam, mendapati tidak terdapat unsur-unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Tampin, Supt. Hamazah Ab Razak.

Beliau berkata walaubagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan dari segala aspek.

“Kami akan bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran seperti Jabatan Kerja Raya dan Unit Forensik, untuk mengenal pasti bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

“Seperti bagaimana bilah pisau traktor mesin rumput itu boleh patah, dan bagaimana bilah itu boleh melantun sejauh 30 meter dan mengenai pelajar-pelajar di situ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu traktor berusia 26 tahun, yang berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu telah diambil kenyataan berhubung insiden berkenaan dan akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana kematian disebabkan kecuaian,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pelajar sekolah itu Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting mengenai kepalanya.

Dua lagi pelajar, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera di bahagian belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera pada bahagian telinga kanan. – BERNAMA

Tags: mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd