• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Belas Kasihan Bagi Pelaku Rasuah – SPRM

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beranggapan pemberi dan penerima rasuah tidak harus diberi belas kasihan sebaliknya perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti bersalah melakukan jenayah itu.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata tindakan tegas tersebut bertujuan memberi pengajaran kepada semua pihak agar tidak melakukan kesalahan tersebut.

“Orang ramai termasuk orang awam atau kakitangan awam serta swasta dinasihatkan supaya tidak sama sekali terbabit dalam kegiatan ini kerana mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 300 Kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan serta 60 pembekal dan kontraktor jabatan itu di sini, hari ini.

Bacaan ikrar berkenaan diketuai oleh Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapha. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd