• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah RM100j Projek Lampu Jalan Kampung

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membina lampu jalan kampung (LJK) yang bakal memberi manfaat kepada 2.5 juta penduduk kampung di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, kerajaan meluluskan peruntukkan RM50 juta, manakala baki RM50 juta akan disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), melibatkan pembinaan 50,000 unit lampu jalan kampung.

“Kerja-kerja pembinaan serta pemasangan lampu ini dijangka mengambil masa antara 10 minggu hingga 14 minggu dan TNB telah beritahu akan segerakan pemasangan ini.

“Apabila kampung itu diterangi cahaya lampu saya percaya penduduk akan nikmati pelbagai faedah, kampung jadi lebih ceria selain keselamatan ditingkatkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Negeri Johor di Bukit Mor, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakProjek Lampu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd