• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Kisah Anak Muslim, Cuma Mahu Dia Kembali”

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASRAH… M. Indira Gandhi reda jika anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa mahu kekal menjadi Muslim, waima Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk batal penukaran agamanya.

“Saya tidak kisah apa pun agama yang Prasana pilih. Dia boleh kekal jadi orang Islam jika dia mahu. Saya cuma mahu dia kembali ke pangkuan saya. Saya tak tahu macam mana rupa dia sekarang. Hanya waktu dia kecil.

“Adilkah perkara itu pada saya sebagai ibu kandungnya? Biarkan dia diambil daripada saya tanpa pengetahuan? Agama adalah pilihan individu. Saya tidak akan campur tangan atau paksa. Saya hanya mahu anak saya balik.

“Tolong jangan guna isu agama untuk memisahkan kami,” kata Indira kepada portal Malay Mail Online sebagai mengulas gesaan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang meminta pihak polis tidak memburu bekas suaminya itu.

Lelaki berkenaan, Muhammad Ridhuan Abdullah dipercayai berjaya melarikan tiga anak mereka termasuk Tevin Darsiny dan Karan Dinish pada 2009 lalu selepas memeluk Islam demi memelihara akidah kanak-kanak terbabit.

Ketiga-tiga anak pasangan tersebut iaitu dua perempuan dan seorang lelaki, kini masing-masing berusia 20 tahun, 19 tahun dan sembilan tahun. Muhammad Ridhuan, 47, dipercayai pihak polis masih lagi berada dalam Malaysia.

PUM ketika merujuk polemik isu panas berkenaan dipercayai merayu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun membatalkan operasi buru si bapa tersebut sehingga penyelesaian bersama dicapai dengan bekas isterinya.

Ia susulan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan pertukaran agama tiga anak guru tadika berkenaan kepada Islam adalah tidak sah, sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2015.

Pihak PUM turut bimbang jika masih dilakukan polis, konflik antara penganut dua agama mungkin tercetus hingga berlaku keganasan dalam masyarakat seperti insiden rusuhan kes Natrah dimurtadkan di Singapura pada 1950 lalu.

Kenyataan dimuat naik melalui akaun rasmi Facebook milik organisasi itu ketika perayaan Thaipusam oleh jutaan masyarakat Hindu semalam namun sudah dipadam, menurut Malay Mail Online. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hinduIndira Gandhiislam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd