KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah atas pencapaian Universiti Malaya berada dalam kalangan 50 universiti terbaik Asia.
“Tahniah @unimalaya kini dalam kalangan 50 universiti terbaik Asia menurut ranking Times Higher Education 2018, ranking terbaik pernah dicapai! #SoaringUpwards,” kata Najib menerusi catatan terbaharu di laman Twitter hari ini.
Menurut Asia University Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) pada Selasa, kedudukan Universiti Malaya selaku universiti tertua negara melonjak ke tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.
Ini merupakan tahun kedua UM menyertai THE University Rankings dan menurut laman sesawang majalah itu, universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University, Singapura. – BERNAMA

