• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sufian Tukar Kapsyen, Elfira Buang Gambar Bersama

oleh
22/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHLIGAI cinta yang sepatutnya dibina pada bulan hadapan kini bagaikan satu impian yang tidak terlaksana buat pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.

Baca: Bapa Elfira Sudah Pulang Semula Cincin Tunang

Juga: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang

Lagi: “Selagi Cincin Bersama Elfira, Kami Masih Tunang” – Sufian

Selepas disahkan sudah putus tunang, kini masing-masing telah memilih jalan mereka sendiri.

Malah, kenangan ketika majlis pertunangan itu juga sudah dilupuskan buat selamanya.

Namun, penyanyi lagu Selalu Ada itu bagaimanapun tidak membuang gambar kenangannya bersama dengan Elfira ketika majlis pertunangan mereka pada 6 Oktober lalu.

Sufian hanya menukar kapsyen gambar itu kepada kata-kata yang agak menyedihkan jika difahamkan maksud di sebalik ayat itu.

“Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik salam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oktober 2017),” tulisnya.

Pertunangan itu sudah disahkan putus selepas bapa kepada Elfira, Ahmad Sobri Ariffin memulangkan semula cincin pertunangan ketika dia berkunjung ke kediaman keluarga Sufian di Muar, Johor.

Bagaimanapun, Elfira pula telah buang kesemua gambar mereka bersama serta ketika majlis pertunangannya kerana mungkin bagi pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma dia itu tidak mahu mengingati kembali kenanganya bersama dengan bekas tunang.

Malah, pelakon kecil molek itu telah memuat naik satu gambar ketika dia sedang memandang ke luar jendela sambil menulis caption yang turut agak menyedihkan seperti sedang menggambarkan perasaannya.

“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu. Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu.

“Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu,” tulisnya pada semalam dan kini gambar berkenaan mendapat tanda suka hampir 10,000 serta ramai peminat turut bersimpati dengan kisah pertunangannya itu.

Gambar sewaktu hari lahir Elfira ketika mereka mula digosipkan bersama.

Walaupun mahligai yang dirancang telah musnah, itu tidak membuatkan kedua-dua pasangan ini terus menyendiri dengan hanya bersedih sahaja.

Tetapi, mereka masih lagi meneruskan hidup seperti biasa iaitu dengan bekerja kerana yang berubah cuma status hubungan itu sahaja.

Sebagai orang luar, diharapkan netizen tidak buat spekulasi mereka yang tersendiri kerana semua yang terjadi sudah lama tertulis dan doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua untuk masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Elfira LoyNetizenPutus TunangSufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd