Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Waris AR Tompel Tuntut...

KUALA LUMPUR: Waris kepada pelakon Allahyarham AR Tompel telah membuat tiga tuntutan dalam...

Kemboja Mula Lancar Vaksin...

PHNOM PENH: Kemboja pada Jumaat melancarkan pemberian vaksin dos penggalak keempat terhadap kumpulan...

Malaysia Jangka Cabaran Sengit...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu berwaspada dengan taktikal jurulatih Korea Selatan, Kyo Shin...

Dr. Ganja Terlepas Tali...

SHAH ALAM – Seorang pesara tentera terlepas hukuman mati selepas dipenjara sembilan tahun...

Suami Izreen Azminda Cerai Isteri Pertama

SETELAH beberapa bulan bernikah dengan isteri keduanya iaitu pelakon Izreen Azminda, pemuzik Ude Wahid membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana.

Ude telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi pada jam 2.30 petang.

Namun, Izreen hanya memilih untuk ‘mengunci’ mulut dan enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan suaminya itu kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

Jelas aktres itu lagi, dia tidak pernah mengambil tahu urusan perkahwinan pertama suaminya itu.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua.


“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro.

Intan Liana, bekas isteri pertama.

Sebelum ini, rumahtangga Izreen dan Ude diuji hebat apabila menerima kecaman daripada masyarakat oleh kerana Ude mengahwini wanita itu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Malah, ramai yang menuding jari ke arah Izreen sebagai punca hubungan Ude dan Intan berantakan meskipun sudah dikurniai dua orang cahaya mata lelaki. – MYNEWSHUB.CC

Kategori