• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Didakwa Tipu 2 Warga Indonesia

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri dihadapkan ke dua buah Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu warga Indonesia berhubung urusan mendapatkan kad pengenalan pemastautin tetap, membabitkan kerugian RM45,000, dua tahun lepas.

Pemandu bas, Samsul Bahri, 46, dan suri rumah, Irna Jamaris, 45, yang merupakan warga Indonesia, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin serta Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mereka didakwa bersama-sama telah menipu Yuni Darma dan Panji Laras Suwari dengan memperdayakan mereka dalam urusan mendapatkan kad pengenalan pemastautin tetap sehingga mendorong kedua-dua mangsa menyerahkan wang sebanyak RM30,000 dan RM15,000 yang mana mereka tidak akan memberikan wang itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Raja Bot, Dang Wangi di sini, antara 7 Mac hingga 14 Mac, dan pada 28 Mac 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Irna mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masuk dan berada di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah di sisi undang-undang di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada 1.15 tengah hari, 29 Jan lepas.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, dan tidak lebih daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin dan K.Vasugi masing-masing menawarkan jaminan RM15,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Samsul manakala Irna tidak ditawarkan jaminan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan minimum atas alasan mempunyai enam orang anak dan menanggung keluarga.

Kedua-dua mahkamah membenarkan Samsul diikat jamin berjumlah RM20,000 dengan seorang penjamin manakala Irna tidak dibenarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 7 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd