• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SK Kuala Muput Di Tatau Rosak Teruk

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TATAU – Banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput yang terletak di tebing Sungai Anap di sini mengalami kerosakan teruk akibat fenomena alam itu.

Guru Besar SK Kuala Muput Tony Madup, 55, berkata sekolah tersebut merupakan satu antara dua sekolah paling teruk terjejas akibat banjir di Daerah Tatau kali ini.

“Untuk rekod ini adalah banjir kelima dialami sekolah sejak Disember. Kali pertama dan kedua berlaku sebelum dan selepas sambutan Hari Krismas, banjir ketiga pada 6-9 Jan, kejadian keempat pula pada 16-19 Jan dan yang terbaharu ini paling buruk dalam sejarah sekolah.

“Banjir yang berlaku telah merosakkan 99 peratus infrastruktur, prasarana sekolah dan tidak dapat diguna lagi. Kami semua sangat sedih kerana sekolah ini yang juga institusi penting kepada 112 murid daripada 23 rumah panjang di kawasan sekitar, kini tidak dapat digunakan lagi berikutan risiko kerosakan struktur bangunan,” katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati air sudah mulai surut, namun kesan kemusnahan akibat banjir hampir tujuh hari itu seperti kerosakan bilik darjah, asrama murid, bilik guru, buku teks, bilik generator, alat bantu mengajar dapat dilihat, malahan enam kenderaan kakitangan sekolah masih ditenggelami air.

Mengimbas kembali kejadian itu, Tony yang juga Yang Dipertua Majlis Guru Besar Tatau berkata keputusan tepat diambil guru dan kakitangan sokongan dengan berwaspada selepas dimaklumkan pengawal keselamatan sekolah paras air Sungai Anap mulai meningkat pada Isnin (5 Feb) berjaya mengelak bencana lebih besar termasuk kehilangan nyawa.

“Air sungai mulai naik pada petang Isnin (5 Feb) air naik begitu cepat dan berlarutan hingga ke awal pagi (6 Feb) kami tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda atau aset sekolah kecuali barangan peribadi seperti alatan elektrik.

“Ketika awal kejadian warga sekolah mula dipindahkan dari kuarters kakitangan ke bangunan paling tinggi di sekolah, namun apabila keadaan semakin buruk kami terpaksa bergegas menyelamatkan diri ke dua rumah panjang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu merupakan terburuk pernah dicatatkan dalam sejarah sekolah yang dibina sejak 1963, malah tidak menolak kemungkinan ada antara 16 guru dan lapan kakitangan sokongan trauma akibat kejadian tersebut. – BERNAMA

Tags: BanjirSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd