• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem KWSP Tak Terjejas, Operasi Seperti Biasa

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa insiden kebakaran yang berlaku di pejabatnya di cawangan Petaling Jaya hari ini tidak menjejas perkhidmatannya.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata semua sistem KWSP tidak terjejas dan operasi berjalan seperti biasa.

Katanya kejadian kebakaran itu adalah terkawal dengan kerosakan terhad kepada bahagian luaran bangunan serta beberapa kenderaan di sebelah bangunan, dan tiada sebarang kecederaan.

Namun pejabat itu akan ditutup buat sementara waktu.

“Maklumat mereka berada dalam keadaan selamat kerana data server berada di lokasi yang selamat disokong oleh proses backup dan pemulihan bertaraf dunia,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kebakaran tengah hari ini, kira-kira 40 peratus daripada bangunan enam tingkat cawangan itu dijilat api.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata transaksi boleh dijalankan seperti biasa di mana-mana cawangan lain di seluruh negara atau secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih i-Akaun.

Katanya siasatan segera akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian kebakaran di bangunan itu serta menilai semula langkah-langkah keselamatan ke atas semua bangunan dan cawangan di seluruh negara.

Berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Keselamatan yang menyatakan kebakaran berpunca daripada percikan api ke atas lapisan pelindung bangunan, Shahril Ridza berkata pihaknya ​​​​​prihatin dalam hal itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Katanya, walaupun kerosakan hanya terhad kepada bahagian luaran bangunan, namun beliau telah mengarahkan supaya pejabat cawangan itu ditutup sehingga semua tindakan diambil bagi memastikan keselamatan bangunan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Ketakutan Jenayah Rakyat Selangor Catat 37%

Next Post

Isu Terowong: Lim Hock Seng Beri Keterangan

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Isu Terowong: Lim Hock Seng Beri Keterangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd