BETUL ke kata orang kalau lelaki cukur licin ketiak, habis sifat kelelakiannya? Atau ianya dijadikan sebagai satu daya penarik pada seseorang?

Pertama kali menempa nama di layar perak, pelakon Shukri Yahaya telah ‘membocorkan’ rahsianya ketika menjalani penggambaran filem Surf This Love.
Bagaimanapun, bapa kepada seorang cahaya mata itu berasa agak terkejut dan merasakan ia sebagai satu kejadian lucu yang mana isu bulu ketiaknya menjadi sebutan di kebanyakan portal hiburan sejak beberapa hari lalu.
Menurut Shukri, ketika malam gala filem Surf This Love yang diadakan baru-baru ini, dia mendapat banyak soalan daripada rakan media yang hadir, tetapi cuma kisah tentang bulu ketiaknya sahaja yang menjadi bualan hangat.
“Banyak lagi cerita menarik yang aku kongsikan, bulu ketiak aku juga yang dijadikan tajuk dia. Hahaha,” tulisnya di InstaStory miliknya baru-baru ini.

Pelakon drama Andainya Takdir itu mengakui bahawa demi filem itu, dia terpaksa mencukur bulu ketiaknya dan itu merupakan kali pertama dia melicinkan bahagian ketiaknya itu!
Watak yang dibawak oleh Shukri ialah sebagai seorang pemuda yang berasal dari Pulau Tioman, yang mana dia sangat meminati sukan luncur air dan ingin mengikut jejak arwah abangnya.
Jadi, sebagai seorang peluncur, Shukri perlu sentiasa memakai pakaian singlet tanpa lengan sepanjang beraksi di laut.

Ketika sesi penggamabran yang dijalankan dekat Pulai Tioman, Pahang dan Pantai Kuta, Bali, Indonesia, Shukri telah mengalami beberapa kecederaan di bahagian tubuh badan kerana ketegangan ketika melakukan aksi luncur.
“Saya bawa watak Billy iaitu seorang pemuda berasal dari Pulau Tioman yang mahu menjadi seorang peluncur seperti arwah abangnya.
“Boleh dikatakan, karakter yang saya lakonkan ini berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Namun di sebalik kecederaan yang berlaku ke atas Shukri, terdapat satu kejadian yang mana turut hampir meragut nyawanya sendiri ketika menjalani penggambaran filem berkenaan.
“Setiap pelakon menjalani latihan intensif di Bali untuk menjayakan watak masing-masing. Sebelum ini saya langsung tak pernah tahu cara bermain papan luncur air.
“Usai melakukan babak meluncur, ketika hendak kembali semula ke pantai, ombak yang besar menyebabkan saya berhadapan kesukaran untuk mengayuh.
“Tangan pun semakin lenguh, lalu membuatkan saya letih serta hilang tenaga. Syukur saya gigihkan juga untuk kayuh perlahan-lahan sampai ke darat,” tambahnya dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Antara pelakon lain yang terut terlibat dalam filem itu ialah Cristina Suzzane, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz dan ramai lagi.
Filem Surf This Love merupakan terbitan GSR Production dan diarahkan oleh Waan Hafiz itu telah menelan belanja melebihi RM1 juta dan ia yang turut telah ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini.

Menerui filem ini, kita boleh melihat di sisi lain watak yang dibawakan oleh Shukri kerana sebelum ini, dia sering membawa watak sebagai seorang lelaki romantis.
Malah kali inu filem tersebut menampilkan dia sebagai seorang yang kelakar dan juga pemuda yang bersifat happy-go-lucky. – MYNEWSHUB.CC/AH

