• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahida Dah Penat Jawab Tak Bawa Anak Angkat Bercuti!

oleh
14/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA disebabkan tidak membawa kedua-dua anak angkat pergi bercuti, Datin Seri Nur Shahida kini sudah tak tahan dengan tuduhan netizen bermulut ‘bawang’!

Menurut Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd Rashid, 32, sebab utama mereka tidak membawa Ameena dan Qayyum bersama ketika bercuti ke London, United Kingdom ialah disebabkan mereka masih terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Penat dah saya terangkan, Qayyum dan Ameena tidak boleh dibawa ke luar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan JKM, selepas tempoh tersebut barulah boleh buat pasport,” katanya ketika sesi live yang dilakukan dekat akaun Instagram milik Aliff Syukri.

Manakala, disebabkan anak angkat perempuan mereka, Ameena bukan warganegara Malaysia, oleh itu si kecil itu hanya boleh membuat passport ketika sudah mencapai usia 18 tahun.

“Buat masa ini kita ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan. Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua ke sini,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Shahida juga turut menasihati ramai netizen agar tidak lagi melemparkan tuduhan dan kritikan kepada suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.

Bagi Shahida, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini dan setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Disebabkan itu, dia juga sentiasa akan memperbaiki dirinya dan diri suaminya sendiri di masa akan adatang.

“Kadang-kadang pelik juga, ada haters yang tak suka kami tapi masih nak tahu perkembangan. Kita hidup ini kena gembira saja.

“Semua manusia tak sempurna, ada kebaikan dan keburukan. Kalau kita tak suka seseorang, jangan kutuk-kutuk.

“Tak eloklah pandang rendah pada orang lain sebab hidayah itu milik Allah dan mungkin satu hari nanti dia akan berubah menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun sejak Ogos 2007, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Kini, Shahida pula sedang mengandungkan anak keempat mereka dan kandungannya juga sudah mencecah usia lima bulan.

Mereka juga telah mengambil anak angkat yang diberikan nama Ameena, 5 bulan dan Qayyum, 3 bulan.

Shahida juga sering menasihati Aliff agar tidak bersikap menunjuk-nunjuk kerana dia sendiri tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan oleh para netizen.

Tapi nak buat macam mana, suaminya sendiri memang bersikap sedemikian. Mujurlah Shahida seorang yang penyabar dan sentiasa bersikap positif. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: aliff syukrianak angkatNetizenNur Shahida
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya Graduan Kelas Pertama JPA Ditawar PTD

Next Post

Terpaksa Kongsi Uber Dengan Ex-GF, Kekasih Baru!

Related Posts

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

KDN Beri Keutamaan Selesai Permohonan Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf, Anak Angkat

16/06/2024
0

NIBONG TEBAL : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan membabitkan kategori anak tidak sah taraf...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Next Post

Terpaksa Kongsi Uber Dengan Ex-GF, Kekasih Baru!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd