• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Wanita Dijangkiti Cacing Thelazia Gulosa

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita dari Oregon menjadi manusia pertama di dunia yang dijangkiti cacing halus di mata yang sebelum ini hanya pernah dilihat berlaku kepada lembu.

Abbey Beckley, yang kini berusia 28 tahun, bekerja dengan bot nelayan komersial di Alaska pada 2016 ketika dia merasakan ada benda di kelopak matanya.

Apabila dia tiba di daratan lima hari kemudian, dia cuba menggosak matanya, dia mendapati kelopak matanya menjadi merah.

“Mata saya menjadi merah dan saya juga mengalami migraine. Saya melihat cermin dan apabila saya tengok bahagian kelopak mata saya, saya lihat ada cacing halus. Saya menariknya dan ia mati lima saat kemudian.

“Saya sangat terkejut dan berlari mendapatkan rakan serumah saya, Allison,’’ katanya.

Beckley kemudiannya menemui doktor dan doktor menarik keluar empat lagi cacing dari matanya. Dia dipindahkan ke pusat mata di Portland dan selepas sampel cacing itu dihantar kepada Pusat Kawasan dan Perlindungan Penyakit Amerika Syarikat, barulah mereka mengetahui bahawa dia dijangkiti Thelazia gulosa.

Ia merupakan sejenis parasit yang belum pernah dilihat pada manusia dan disebarkan menerusi lalat.

Keseluruhannya 14 cacing Thelazia gulosa sepanjang setengah inci ditarik keluar dari mata Beckley selama 20 hari.

Spesis cacing itu pernah dikesan pada lembu-lembu di utara Amerika Syarikat dan selatan Kanada. Perkara ini dilaporkan dalam American Journal of Tropical Medicine and Hygiene. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cacingpesakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd