Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Biasa Khianat, Cuba...

Semalam, ada yang masih cuba memesongkan sejarah dan menjaja cerita dongeng kononnya dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari UMNO sebab mempersoalkan 1MDB,Mengarut.

Riding Pink Selamat, Khas...

SELEPAS bermacam-macam berita menyeramkan yang kita dengar tentang pengalaman hitam penumpang kenderaan awam...

Isteri Curang Sudah Kembali...

SUSULAN tular berita seorang wanita yang menduakan suaminya kerana curang bersama pengasas produk,...

2 Rakyat Malaysia Pulang...

PUTRAJAYA - Dua daripada 107 individu, yang tiba di tanah air Selasa pagi dari Wuhan,...

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Volvo di simpang empat berhampiran Masjid Sri Sendayan di sini pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kemalangan pada pukul 6.10 pagi itu, ambulans yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun bersama pembantu pegawai perubatan dalam perjalanan membawa dua pesakit lelaki berusia 66 dan 18 tahun.

“Ambulans itu sedang bergerak dari arah Sungai Pelik, Sepang menghala ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, ambulans itu telah menyalakan lampu pandu arah kecemasan dan membunyikan siren kecemasan bertindak meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat dari arah laluannya berwarna merah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Arifai berkata, kemudian datang sebuah kereta jenis Volvo dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dari arah sebelah kanan sedang bergerak terus namun telah melanggar bahagian sisi kanan ambulans hingga terbalik.


“Akibat kemalangan itu, kesemua empat mangsa dalam ambulans mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke HTJS untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59) dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222 bagi membantu siasatan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori