• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman, AADK Bekerjasama Cegah Artis Tagih Dadah

oleh
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) dilaporkan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mengadakan operasi bersepadu di set penggambaran.

Memetik sumber, difahamkan tujuan operasi itu adalah bagi membanteras kes penyalahgunaan najis dadah dalam kalangan artis tanah air sebelum keadaan menjadi lebih parah tidak dapat dikawal.

Menurut satu kenyataan akhbar Seniman, persatuan itu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin dan pegawai kanan agensi tersebut, semalam.

Pertemuan dua hala itu menemui kata sepakat apabila Seniman menawarkan kerjasama bagi mengadakan operasi serta serbuan bersepadu di lokasi penggambaran drama mahupun filem.

Tindakan ini diambil berikutan persatuan itu yang begitu komited dan memandang serius berhubung isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti dan ternyata ia mendapat sambutan baik daripada AADK.

Bahkan, Seniman turut mengusulkan cadangan untuk mengadakan sebuah program berbentuk forum mengenai kesedaran terhadap bahayanya dadah dalam kalangan artis yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Justeru, orang ramai digesa untuk bersama berganding bahu untuk menggalas tanggungjawab perangi narkotik demi memartabatkan industri tanah air bebas daripada najis dadah menjelang 2023! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: AADKNetizennetizen bawangPersatuan Seniman MalaysiaZed Zaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd