• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas F1 Haram, MotoGP Tetap Ada Gadis Litar Seksi

oleh
04/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKAL… Masyarakat antarabangsa kelmarin menyambut baik pemansuhan kehadiran gadis litar atau grid girl yang seksi sebagai pengiring setiap perlumbaan Formula 1 (F1) mulai musim 2018.

Malahan, langkah pemilik baharu penganjuran perlumbaan kereta berprestij tersebut, Liberty Media berpusat di Amerika Syarikat menghentikan amalan khidmat itu turut disokong oleh pelbagai badan wanita antarabangsa.

Bagaimanapun lain dengan F1, pengelola perlumbaan motosikal dunia, MotoGP tidak mengikut usaha tersebut sekali gus melegakan golongan lelaki ‘gatal’ untuk menyaksikan keindahan susuk jelita wanita terbabit di litar.

Berita gembira berkenaan disahkan Carmeleo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports yang menegaskan bahawa setiap perlumbaan MotoGP tetap ada gadis berpayung sebagai penghias seri sepanjang musim 2018 ini.

Baca: Formula 1 Tiada Lagi Gadis Litar ‘Seksi’

“Kami tidak akan ikut jejak F1,” kata beliau dipetik laman berita antarabangsa Crash.net pada hari ini. Dorna Sports berpusat di Sepanyol dan ditubuhkan sejak 1998 ketika ini menyelia 18 perlumbaan litar motosikal di 15 negara.

Ezpeleta namun tidak pula menjelaskan secara terperinci apakah alasan masih lagi membenarkan amalan ‘kuno’ eksploitasi gadis itu. Beliau hanya memastikan bahawa kehadiran gadis litar cukup penting pada sesuatu arena.

Perlu diketahui, wanita pengiring itu sendiri lazimnya selalu menemani pelumba di sisi motosikal sambil memegang payung sebelum bermula perlumbaaan. Kehadiran mereka itu menjadi penyeri terutama untuk penonton lelaki.

Di samping pakaian unik, penampilan gadis payung berbeza-beza antara setiap litar mengikut budaya setempat dan kemunculan mereka dalam gaya seksi menghilangkan bosan sebelum perlumbaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: F1MotoGP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

Next Post

“Lucu Ada Yang Silap, Panggil Saya Wani Kayrie”

Related Posts

Piastri Ungguli GP China

Piastri Ungguli GP China

23/03/2025
0

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri bangkit daripada kekecewaan perlumbaan pembukaan musim di laman sendiri dengan memenangi Grand Prix China untuk...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Next Post

"Lucu Ada Yang Silap, Panggil Saya Wani Kayrie"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd