• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampel Kopi Telah Dihantar Ke Jabatan Kimia

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sampel dua jenis kopi keluaran syarikat sama yang didakwa menyebabkan tujuh individu mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang, telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk diuji.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata polis juga turut menghantar sampel air kencing dan darah dua lelaki yang menjadi mangsa terbaharu selepas mendakwa meminum pracampuran kopi putih ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti punca sebenar.

Sampel kedua-dua kopi itu – kopi berperisa durian dan pracampuran kopi putih – dihantar ke Jabatan Kimia untuk diuji bagi mengenal pasti jenis dadah dan punca sebenar sehingga mangsa mengalami gejala berkenaan, katanya di sini hari ini.

Isu kopi itu mula mendapat perhatian apabila tiga lelaki dan dua wanita mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang setelah mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas mendakwa meminum kopi berperisa durian yang diperoleh secara percuma daripada orang tidak dikenali.

Anuar berkata setakat ini lima laporan polis dibuat berhubung kejadian itu termasuk daripada pengurusan kilang kopi berkenaan yang membuat laporan pada 1 Feb lepas mendakwa produk mereka disabotaj oleh individu tidak dikenali.

“Dua laporan polis diterima daripada pegawai perubatan yang merawat mangsa manakala masing-masing satu daripada pegawai teknologi makanan mengatakan terdapat campuran bahan asing dalam sampel kopi berkenaan, pengurus kilang dan seorang mangsa wanita yang dirawat selepas minum kopi itu pada 27 Jan lepas,” katanya.

Beliau berkata setakat ini tujuh individu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas mendakwa meminum dua jenis kopi itu. Dua kes terbaru dilapor semalam melibatkan pracampuran kopi putih.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan menjalani beberapa ujian, lima daripada mereka telah dibenarkan pulang manakala dua lagi yang ditahan semalam masih dirawat di hospital.

Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan pihak yang memberi dan mengedar dua jenis kopi berkenaan serta motif mereka bertindak sedemikian. – BERNAMA

Tags: ACP Anuar Omar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Ditahan Pukul Ibu Guna Mangga Pintu

20/12/2017
0

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian dia memukul ibunya dalam insiden di rumah mereka...

43 Mangsa Terkandas Di Bukit Bendera Diselamatkan

07/11/2017
0

GEORGE TOWN - Seramai 43 mangsa terdiri daripada pelancong dan pekerja di puncak Bukit Bendera yang terkandas sejak Sabtu lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd