• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditahan Pukul Ibu Guna Mangga Pintu

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian dia memukul ibunya dalam insiden di rumah mereka di Relau, dekat sini pada 15 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata wanita berusia 21 tahun dan tidak bekerja itu ditahan di Bayan Lepas, dekat sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi pada 15 Disember lepas itu, mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan berada di rumah mereka di Relau sebelum didatangi suspek serta teman lelaki.

“Wanita itu tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum suspek dan teman lelakinya bertindak memukul pengawal keselamatan berkenaan menggunakan mangga pintu,” katanya di sini hari ini.

Katanya semasa kejadian tiada sesiapa di rumah dan suspek serta teman lelakinya meninggalkan wanita itu selepas mereka memukul mangsa sehingga ibu tersebut mengalami kecederaan luka serta calar di muka.

Anuar berkata mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya anak mangsa dan teman lelaki dipercayai bertindak bersembunyi bagi mengelak dikesan polis namun pihaknya berjaya menahan wanita itu semalam.

“Anak wanita itu kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan teman lelakinya berusia 20-an giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta keganasan Rumah Tangga 1994. – BERNAMA

Tags: ACP Anuar Omarditahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd