• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah! Positif Dadah Ujian Air Kencing Dan Darah

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan terdapat dadah dalam ujian air kencing dan darah dua lelaki Nepal yang mengalami gejala letih dan lemah teruk selepas meminum kopi pracampuran perisa durian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata hasil ujian Jabatan Kimia hari ini mendapati darah dan air kencing dua pengawal keselamatan itu yang meminum kopi yang diperoleh secara percuma itu mengandungi dadah jenis sintetik.

“Kami sudah terima laporan daripada Jabatan Kimia lewat petang ini dan berdasarkan ujian yang dijalankan memang sah terdapat kandungan dadah sintetik yang jenisnya memang ada di pasaran namun jarang digunakan (penagih dadah).

“Dadah itu memang memberi kesan seperti mana yang dialami mereka yang minum kopi berkenaan iaitu antaranya tidak sedar diri dan letih serta lemah yang teruk. Polis juga masih menunggu laporan kimia mangsa yang lain dan dipercayai akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Isu kopi itu mula mendapat perhatian apabila tiga lelaki dan dua wanita mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas mendakwa meminum kopi berperisa durian yang diperoleh secara percuma daripada orang tidak dikenali.

Konsul Kehormat Nepal di Pulau Pinang Datuk Huan Cheng Guan mendengar penjelasan warga Nepal Bishnu Shrestna, 41, (kanan) dan Sapkota Mangal Prasad, 45, (kiri) yang sedang menerima rawatan akibat minum kopi pra-campuran segera dipercayai tiruan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Selepas itu, dua lagi lelaki dimasukkan ke HPP kerana mengalami gejala yang sama selepas minum kopi pracampuran putih yang dikeluarkan syarikat yang sama dengan kopi durian berkenaan. Ujian awal mendapati kedua-dua kopi itu dipercayai dicampur dengan dadah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang warga emas maut selepas ditimpa tangki air industri yang sedang dialih untuk dimuatkan dalam sebuah kontena di rumahnya di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata Ng Chai Kiah, 68, sedang mengalihkan tangki air berkenaan menggunakan forklift bersama seorang pekerjanya pada kira-kira 2.52 petang apabila tangki air itu jatuh.

“Secara tiba-tiba, tangki air itu jatuh lalu menghempap kepala mangsa dan lelaki berkenaan yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Kepala Batas dan meninggal dunia ketika dirawat. Pekerjanya tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan mangsa yang merupakan seorang peniaga hendak mengalihkan tangki air itu ke dalam kontena yang terdapat di hadapan rumahnya untuk dihantar kepada pelanggannya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd