• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Penyebab Huru-Hara Di Syria – AS

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Jeneral kanan Amerika Syarikat, semalam menuduh Russia bertanggungjawab mencetuskan ketidakstabilan di Syria dan bertindak seperti ‘pencetus kebakaran dan bomba’ ketika gencatan senjata yang diisytiharkan Moscow di Ghouta Timur gagal.

AS dan Russia saling menyokong pihak bertentangan dalam perang tujuh tahun itu, dengan Moscow menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad yang rancak mengebom Ghouta Timur, yang dikuasai puak penentang.

“Secara diplomatik dan ketenteraan, Moscow memegang peranan penyebab kebakaran dan anggota bomba, menyemarakkan ketegangan dalam kalangan semua pihak di Syria.

“Kemudian ia berkhidmat sebagai penimbang tara, untuk menyelesaikan perbalahan, cuba merendahkan dan melemahkan kedudukan semua pihak,” kata Jeneral Joseph Votel.

Votel adalah ketua Pusat Pemerintah Tentera AS.

Sejak minggu lalu, tentera Syria dan sekutunya menjadikan Ghouta Timur sasaran pengeboman antara paling hebat sejak perang bermula, menyebabkan ratusan terkorban.

Gesaan Russia supaya gencatan senjata diadakan selama lima jam semalam gagal menghalang pengeboman, dengan penduduk berkata pesawat tempur kerajaan menyambung menyerang wilayah berkenaan selepas itu. – Reuters/BH ONLINE

Tags: RusiaSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd